Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/21/2025
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan Hospital Medan Malaysia (HMM) mula beroperasi di daerah Sagaing, Myanmar, yang terjejas akibat gempa bumi.

HMM dilengkapi 20 katil, bilik pembedahan, ICU, radiologi, makmal, dan kepakaran pembedahan am serta ortopedik.
Transcript
00:00Hospital Medan Malaysia HMM, Kendalian Angkatan Tentera Malaysia ATM, mula beroperasi pada pukul 8.20 pagi isnin waktu tempatan di daerah Sagaing, antara kawasan paling terjejas akibat gempa bumi di Myanmar bulan lalu.
00:13Markas ATM berkata hospital yang dilaksanakan menerusi operasi bantuan kemanusiaan Op Starlight 3 itu dilengkapi 20 katil dan wad, bilik pembedahan, unit rawatan rapi, radiologi, makmal serta kepakaran pembedahan arm dan ortopedik.
00:32Katanya pembedahan pertama berjaya dilaksanakan pada jam 10.30 pagi isnin. Menurutnya HMM juga mampu melaksanakan dua pembedahan serentak serta merawat pesakit secara menyeluruh.
00:42Perkhidmatan pesakit luar turut ditawarkan dan dijangka menerima antara 80 hingga 100 pesakit sehari dengan bantuan tiga pegawai perubatan dari Hospital Sagaing.
00:52Ketua Menteri Wilayah Sagaing dan Panglima Biro Operasi Khas Wilayah Yanggon turut hadir semasa pembukaan operasi.
00:59Sabtu lepas, pengurusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar meninjau persiapan HMM sebagai tanda sokongan.
01:05Sejak dibuka, HMM tidak putus menerima aliran pesakit dari kawasan sekitar.

Recommended