Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek menyatakan sokongan penuh terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan parti akan datang. Menurut Fadhlina, pencalonan itu mencerminkan kehendak akar umbi yang mahukan perubahan berasaskan kestabilan dan kesinambungan perjuangan reformasi. Beliau menyifatkan Nurul Izzah sebagai tokoh muda berpengaruh yang membawa suara rakyat sejak era awal reformasi dan berperanan penting dalam isu kemanusiaan serta pemberdayaan wanita. Sokongan tersebut, tegas Fadhlina, bukan atas faktor keturunan atau jantina, tetapi kerana keperluan parti kepada pemimpin masa depan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sementara itu, Ketua Wanita PKR Fadlina Siddiq menyatakan sokongan penuh terhadap Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti kali ini.
00:09Menurut Fadlina, pencalonan Nurul Izzah merupakan manifestasi kehendak akar umbi parti yang mahukan perubahan berteraskan kestabilan, kesinambungan serta kesetiaan terhadap perjuangan PKR.
00:20Menuruti satu kenyataan, Fadlina menyifatkan Nurul Izzah sebagai tokoh pimpinan muda yang lahir daripada gelombang reformasi dan telah berada di barisan hadapan dalam setiap fasa penting keadilan dari penubuhan parti, membawa suara rakyat di parlimen sehinggalah kepada pembentukan kerajaan madani.
00:38Fadlina berkata pencalonan Nurul Izzah sebagai timbalan Presiden PKR juga mencerminkan komitmen parti untuk memperkukuh agenda rejuvenasi politik nasional dengan memberi ruang kepada kepimpinan muda dan wanita.
00:51Mengulas latar belakang Nurul Izzah, Fadlina memuji peranan bekas ahli Parlimen Pemah Tampau itu dalam memimpin Jenderal Pilihan Raya sebagai pengarah jawatan kuasa Pilihan Raya Pusat dan perlibatannya dalam isu-isu kemanusiaan serta pemberdayaan wanita di peringkat antarabangsa.
01:06Jelas Menteri Pendidikan itu lagi, sokongan terhadap Nurul Izzah bukan bersandarkan kepada latar keturunan atau jantina tetapi kepada keperluan parti untuk melahirkan pemimpin yang mampu membawa keadilan kehadapan.
01:19Fadlina turut menegaskan bahawa akar umbi telah menyatakan sokongan mereka secara jelas agar Nurul Izzah diberi peluang untuk berperanan sebagai orang nombor dua dalam parti.