Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggalakkan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi di kawasan-kawasan terlibat semasa Sidang Kemuncak ASEAN membenarkan pekerja bekerja dari rumah.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Isu trafik yang mungkin berlaku sewaktu sidang kemuncak ini berlangsung dan kita telah dimaklumkan semalam
00:10Jabatan Perkhidmatan Awam JPA telah mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan bahawa bagi penjawat awam
00:19di tempat-tempat ataupun jabatan-jabatan yang berkaitan dibenarkan untuk bekerja dari rumah.
00:26Jadi boleh rujuk kepada pekeliling tersebut.
00:31Masa yang sama, Kementerian Pendidikan akan mengenalpasti sejumlah sekolah yang berada dalam kawasan laluan-laluan utama bagi sidang kemuncak
00:44dan senarai sekolah ini akan diumumkan dan para pelajar akan dibenarkan untuk melakukan pembelajaran dari rumah PDPR.
00:56Jadi senarai penuh akan diterbitkan oleh pihak KPM nanti.
01:04Kita juga telah membincangkan mengenai pekerja syarikat swasta yang mana yang amat berhormat Perdana Menteri
01:12menyatakan bahawa syarikat-syarikat swasta yang berpengkalan, beribu pejabat di kawasan-kawasan
01:21yang mana akan berlangsung sidang kemuncak ini adalah digalakkan untuk membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah
01:31bagi tempoh sidang kemuncak tersebut.
01:37Dalam masa yang terdekat, pihak polis diraja Malaysia akan mengumumkan laluan-laluan utama
01:45yang akan digunakan oleh sama ada ketua-ketua kerajaan ataupun ketua-ketua negara
01:53yang akan tiba untuk sidang kemuncak ini
01:57yang mana dia akan melibatkan antara lain kawasan KLIA, kawasan sekitar lapangan terbang Subang
02:07dan juga TUDM Subang.
02:14Selain itu, terdapat sejumlah laluan yang akan diumumkan
02:18termasuk di kawasan sekitar sidang kemuncak yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center
02:28dan sejumlah hotel-hotel penginapan yang akan menjadi tempat penginapan
02:37bagi delegasi ASEAN, GCC dan juga China.
02:43Jadi senarai ini akan diterbitkan oleh pihak PDRM dalam masa yang terdekat.
02:48dan saya minta rakan-rakan media untuk rujuk dan orang awam juga
02:52boleh merujuk senarai tersebut untuk membuat perancangan pergerakan pada hari-hari sidang berlangsung.