Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir semula ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi ini bagi direkodkan keterangan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Subirak Kup hadir semula ke Ibu Pejabat SPRM pada pagi tadi bagi direkodkan keterangan berkaitan kes rasuah dan penggubahan wang haram.
00:11Beliau kembali hadir bagi memberi keterangan kepada Kumpulan Penyiasat SPRM pada jam 10.35 pagi, 55 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam dengan diiringi kenderaan peronda polis di Raja Malaysia.
00:23Difahamkan ahli Parlimen Bera itu sepatutnya hadir pada selasa namun ditangguhkan ke hari ini yang mana pegawai penyiasat merakam keterangan beliau pagi ini.
00:34Proses siasatan masih berjalan memandangkan terdapat beberapa dokumen penting yang perlu disahkan oleh beliau.
00:40Sebelum ini Ketua Pusuruh Jaya SPRM Tan Sri Azambaki memaklumkan siasatan terhadap kes rasuah dan penggubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri itu mencapai antara 15 hingga 20%.
00:52Bekas Perdana Menteri itu kali terakhir hadir ke Pejabat SPRM pada 24 April lalu untuk memberikan keterangan berhubung peristiharan harta.
01:02Beliau sebelum ini juga telah beberapa kali hadir ke Ibu Pejabat SPRM berkaitan siasatan yang sama.
01:07Ismail Sabri disiasat berhubung dawaan salah guna kuasa membabitkan perolehan dan perbelanjaan dana untuk tujuan promosi serta publiciti program kerajaan semasa memegang jawatan Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
01:22Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
01:32Azam juga memaklumkan beberapa fail dibuka berhubung siasatan terhadap Ismail Sabri susulan maklumat dan hasil risikan pihaknya.
01:39Pada 3 Mac lalu, Azam berkata Ismail Sabri ialah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah safe house hasil serbuan badan antirasuah itu.
01:57Terima kasih telah menonton!