Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine dan heroin yang dianggarkan seberat lebih 590 kilogram.
Transcript
00:00Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Session Kuala Terengganu atas pertuduhan mengedar dadah jenis metamfetamin dan heroin yang dianggarkan seberat lebih 590 kg.
00:11Kedua-dua tertuduh Nick Khairil Shahruzi, Nick Roslan serta Muhammad Ridwan Mio Husin yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun menganggup faham sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Zul Zaki Kuddin, Zulkifli.
00:26Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa mengedar dadah berbahaya jenis metamfetamin yang dianggarkan seberat lebih 480 kg dan heroin lebih 109 kg.
00:42Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 April lalu di kawasan Tebing Sungai Setiu pada pukul 9 malam.
00:50Sementara itu, Muhammad Ridwan turut berdepan satu lagi pertuduhan mengedar dadah jenis metamfetamin yang dianggarkan seberat 1.02 kg di tepi pulau Tok Bilal di Setiu pada pukul 10 malam tarikh yang selama.
01:04Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Kurungan 1 Kurungan A Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum di bawah Seksyen 39B Kurungan 2 Akta Sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan.
01:22Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.
01:30Tiada sebarang jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Magistrik Setiu.
01:38Polis sebelum ini menumpaskan kegiatan Sendiket Pengedaran Antarabangsa apabila merampas dadah seberat lebih 590 kg bernilai lebih RM25 juta di dua lokasi berasingan di Setiu.

Recommended