[TERKINI] Pemandu van sekolah didakwa tinggalkan kanak-kanak hingga maut
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seorang pemandu van sekolah dihadapkan ke Mahkamah Session Batu Pahat atas pertuduhan meninggalkan seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkan kematian minggu lalu.
00:09Tertuduh Yao Chi Wang, 57 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Muhammad Khalid Abdul Karim.
00:18Mengikut pertuduhan Chi Wang, sebagai seorang yang mempunyai penjagaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki iaitu Tio Yu Zhe berusia 5 tahun 2 bulan telah meninggalkan kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan meninggal dunia.
00:33Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah van sekolah di hadapan sebuah tadika di Taman Bukit Indah Iskandar Puteri Johor kira-kira jam 8 pagi hingga 12.05 tengah hari pada 30 April lalu.
00:46Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31-1-A Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31-1 Akta yang sama.
00:56Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
01:06Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport ke mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendawaan.
01:1712 Jun depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.