Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan penyebaran mesej palsu berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang kini tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan penyebaran mesej palsu berkaitan bantuan sumbangan asas Rahmah Sarah 2025 yang kini tular menerusi aplikasi WhatsApp.
00:12Kementerian Keuangan MOF menjelaskan pautan dalam mesej bertajuk bantuan sumbangan asas Rahmah Sarah 2025 RM200 adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pihak Kementerian.
00:23MOF menasihati agar jangan mudah terpedaya dengan mesej seperti ini yang tersebar di media sosial dan sentiasa rujuk seluruh rasmi kementerian untuk maklumat yang sahih.
00:32Untuk rekod, bantuan Sarah mula disalurkan sejak Januari lalu sebanyak RM100 sebulan melalui MyCard penerima.
00:38Bermula 1 April, jumlah bantuan dinaikkan kepada RM200 sebulan dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, kelengkapan sekolah dan produk kebersihan di lebih 1,600 premis berdaftar seluruh negara.
00:52Orang ramai diingatkan agar tidak berkongsi pautan meragukan dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa jika menerima mesej sedemikian.