Malaysia menghantar pasukan perubatan ATM ke Myanmar untuk melaksanakan Operasi Starlight III susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Malaysia menghantar pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia ATM ke Myanmar pada Jumaat bagi melaksanakan operasi bantuan kemanusiaan atau operasi Starlight 3, susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.
00:14Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM Lieutenant General Datuk Dr. Zulkifli Matjusuh berkata, seramai 69 orang terdiri daripada 16 pegawai dan 53 anggota daripada pelbagai kepakaran antaranya Forward Anesthesia and Surgical Team Fast Hospital Medan Malaysia, limen dari Regimen Askar Jurutera Diraja RAJD bersama pasukan keselamatan.
00:38Pasukan yang diketuai, Kolonel Dr. Ahmad Farhan Ahmad Fuad sebagai pemerintah operasi itu turut membawa keperluan peralatan merangkumi Hospital Medan tahap 2, kit perubatan, komunikasi, teknikal, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua trak membabitkan muatan 18 tan.
00:55Katanya perancangan melaksanakan Hospital Medan untuk tempoh sebulan pertama iaitu 30 hari dan selepas itu akan membuat penilaian berdasarkan pemerhatian di lapangan bagi keperluan seterusnya.
01:04Beliau berkata setakat ini, Hospital Medan berkenaan akan beroperasi di kawasan Sagaing, Myanmar dan tidak menolak kemungkinan lokasi itu berubah berdasarkan keadaan semasa.
01:13Dr. Zulkifli berkata pasukan itu mengambil masa 72 jam untuk melakukan persediaan bagi mengaktifkan misi tersebut sebelum melepas kerana mengambil kira pelbagai faktor termasuk keselamatan, bekalan air dan elektrik terhad di kawasan yang menempatkan Hospital Medan.
01:27Berdasarkan maklumat terkini oleh Jabatan Meteorologi dan Hydrologi Myanmar, sejumlah 109 gegaran susulan telah direkodkan sejak kejadian gempa bumi utama bermagnitud 7.7 dan gegaran susulan bermagnitud 6.4 yang melanda kawasan tengah Myanmar pada 28 Mac celalu.
01:43Angka korban kini meningkat melebihi 3,603 orang dengan lebih 4,817 individu cedera dan 141 masih dilaporkan hilang.
01:52Dianggarkan lebih 9 juta penduduk terjejas teruk termasuk 2.7 juta kanak-kanak merangkumi 58 buah perbandaran di kawasan Bagu Timur, Kain, Magwe, Mandale, Nabi Tau, Syah Selatan dan Sagaing.