Seorang gadis muda pengsan di Pejabat Oval ketika Presiden Trump sedang bercakap kepada media mengenai program nuklear Iran.
Dr. Mehmet Oz, Pentadbir Pusat Perkhidmatan Medicare dan Medicaid, membantu gadis itu yang kini berada dalam keadaan baik.
Dr. Mehmet Oz, Pentadbir Pusat Perkhidmatan Medicare dan Medicaid, membantu gadis itu yang kini berada dalam keadaan baik.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Satu sidang media yang diadakan di White House, Washington DC terpaksa dihentikan selepas seorang gadis secara tiba-tiba pingsan pada Jumaat.
00:09Menurut laporan White House, kejadian berlaku ketika Presiden Donald Trump sedang menjawab soalan wartawan.
00:16Sidang media itu diadakan selepas upacara pelantikan Dr. Mehmet Oz sebagai pentadbir pusat perkhidmatan Medicare dan MedicAid.
00:24Jurucakap White House berkata gadis tersebut bagaimanapun diberi bantuan segera oleh Dr. Mehmet.
00:31Ujar Dr. Mehmet gadis tersebut berada dalam keadaan baik meskipun media melaporkan gadis itu dilihat tidak stabil ketika dipapah keluar.
00:40Susulan kejadian para pengamal media diminta beredar dari ruang pejabat Oval.
00:45Dalam pada itu, lapor media antarbangsa Dr. Mehmet bertanggungjawab mengurus program insurans kesihatan bagi kira-kira separuh daripada penduduk negara itu.
00:55Ini merangkumi Medicare, MedicAid dan Liputan di bawah Akta Penjagaan Mampu Milik.