Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) edisi ke -137 menyaksikan peningkatan ketara dalam kehadiran pembeli antarabangsa, mencerminkan keyakinan global terhadap produk buatan China.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Meskipun berdepan cabaran ekonomi dunia yang kompleks, pameran import dan ekspor China ke 137 atau pameran Canton terus menarik minat peserta global. Lebih 30,000 pempamer ekspor dan 200,000 pengunjung berdaftar luar negara menyertai pameran yang bermula pada Selasa.
00:17Lu Ye Wah yang merupakan antara pengunjung dari Malaysia melihat teknologi digital China antara yang mencuri tumpuan khususnya robot yang digunakan bagi meningkatkan kecegapan operasi gudang.
00:47Malah Lu berpendapat ia selari dengan usaha Malaysia yang sedang giat mempromosikan transformasi digital.
01:04Selain mempunyai potensi perniagaan yang besar, beliau melihat produk serta teknologi dari China dalam bidang ini semakin berkembang dan berdaya saing.
01:12Walaupun berdepan tarif AS, China terus menarik kehadiran pengunjung antarabangsa.
01:17Setakat Khamis, lebih 110,000 pengunjung dari 216 negara hadir di pameran Canton dengan peningkatan 10% berbanding edisi ke 135.