Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Tiada perubahan terhadap syarat visa atau dasar imigresen yang secara khusus memberi kesan kepada warganegara Malaysia yang melancong atau menetap di Amerika Syarikat.
Transcript
00:00Tiada perubahan terhadap syarat visa atau dasar imigresen yang secara khusus memberi kesan kepada warga negara Malaysia yang melancong atau menetap di Amerika Syarikat.
00:10Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan meskipun terdapat laporan baru-baru ini mengenai perkembangan berkaitan imigresen di Amerika Syarikat, ia bukan ditujukan khusus kepada rakyat Malaysia.
00:21Tambah kenyataan itu, namun rakyat Malaysia yang berada di Amerika Syarikat atau yang merancang untuk ke negara itu, dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai dasar kemasukan visa dan imigresen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.
00:41Bisma Putra berkata ia akan terus memantau rapi keadaan dan akan maklumkan sebarang perubahan yang beri kesan kepada rakyat Malaysia sekiranya ada.
00:51Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat juga diingatkan supaya mematuhi undang-undang tempatan, peraturan imigresen serta syarat visa masing-masing yang dikuatkuasakan secara ketat.
01:03Rakyat Malaysia yang mempunyai sebarang pertanyaan atau melukan bantuan konsul digalakkan menghubungi perwakilan diplomatik Malaysia terdekat di Amerika Syarikat.

Recommended