Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Polis menumpaskan sindiket pengedaran ganja yang bergiat aktif sejak awal tahun ini dengan penahanan dua lelaki tempatan dan merampas dadah dianggar bernilai RM68,000 dalam tiga serbuan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada Jumaat.
Transcript
00:00Polis menumpaskan sindiket pengedaran ganja yang bergiat aktif sejak awal tahun ini dengan penahanan dua lelaki tempatan dan merampas dadah di Anggar,
00:09bernilai RM68,000 dalam tiga serbuan di sekitar seberang perai tengah pada Jumaat.
00:14Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata serbuan dilakukan sepasukan polis bermula tiga petang hingga tujuh malam.
00:21Dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki tempatan di seberang jaya dan merampas satu paket plastik lutsina berisi ketulan kristal di syaki syabu seberat kosong perpuluhan 45 gram.
00:34Suspek kemudian memandu arah polis ke kawasan berhampiran dan merampas tiga kotak berisi plastik berwarna biru.
00:40Siasatan ke atas kotak itu menemukan satu kotak mengandungi lapan ketulan mampat dan enam paket plastik lutsina berisi daun kering di syaki ganja dianggarkan seberat 8,478 gram.
00:52Manakala dua lagi kotak masing-masing berisi tujuh ketulan mampat daun kering di syaki ganja dengan anggaran berat 7,400 dan 7,414 gram.
01:02Susulan itu Hamzah berkata pihaknya membuat satu serbuan di seberang perai tengah dan berjaya menahan seorang lagi lelaki dipercayai ahli sindiket.
01:09Kedua-dua suspek berusia 31 dan 53 tahun itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Recommended