Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Delegasi Amerika Syarikat dan Iran tiba di Kedutaan Oman di Rom untuk pusingan baharu rundingan nuklear yang bertujuan menyelesaikan ketegangan berlarutan berhubung program nuklear Tehran.
Transcript
00:00Delegasi AS dan Iran tiba di kedutaan Oman di Rom, Itali pada Sabtu bagi satu pusingan baharu rundingan nuklear antara kedua-dua negara.
00:09Rundingan itu bertujuan menyelesaikan ketegangan berlarutan selama beberapa dekad berhubung program nuklear Tehran.
00:16Langkah itu dilakukan di tengah-tengah ancaman Presiden Donald Trump untuk melancarkan tindakan ketenteraan sekiranya usaha diplomasi gagal.
00:25Menurut pegawai Iran, Menteri Luar Iran Abbas Arrachie dan utusan Asia Barat Trump Steve Witkoff akan berunding secara tidak langsung melalui seorang pegawai Oman.
00:37Pegawai itu akan menyampaikan mesej antara kedua-dua pihak seminggu selepas pusingan pertama rundingan diadakan.
00:45Arrachie dan Witkoff sempat berinteraksi secara ringkas pada akhir pusingan pertama.
00:50Bagaimanapun, pegawai dari kedua-dua negara tidak mengadakan rundingan secara langsung sejak tahun 2015 di bawah pentadbiran bekas Presiden Amerika, Barack Obama.
01:02Arrachie menyatakan Iran sentiasa komited kepada usaha diplomasi dan menyeru semua pihak terlibat mengambil peluang mencapai perjanjian nuklear yang munasabah.
01:12Terima kasih telah menonton!

Recommended