Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Jemaah Haji Malaysia dinasihatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi berhubung penggunaan platform digital Nusuk untuk permohonan permit haji.
Transcript
00:00Jemaah Haji Malaysia dinasihatkan untuk mematuhi peraturan ditetapkan Kerajaan Arab Saudi berhubung penggunaan platform digital lusuk untuk permohonan permit haji.
00:10Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd. Naim Mokta memberitahu, permohonan permit menerusi platform itu adalah bagi memastikan pengurusan ibadah haji lebih efisien, berpusat dan sistematik.
00:24Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan.
00:30Setiap negara dia ada peraturan dia dan seperti mana kebanyakan negara dan saya tahu secara peribadi, Dr. Menteri Haji Saudi, dia memang kepakaran dia dalam IT dan nusuk ini memang dia yang secara peribadi memang dia yang perkenalkan.
00:50Jadi sebagai seorang menteri dan kerajaan yang mengambil kira digitalization ini, mereka memperkenalkan nusuk ini supaya pengurusan haji itu lebih efektif, berkesan dan berpusat.
01:12Jadi sebab itu diperkenalkan nusuk tadi itu. Jadi sebab itu kita mengharapkan agar semua negara yang terlibat kita dan kerajaan kita perlu mematuhi dan memastikan pengurusan haji ini dibuat berdasarkan kepada peraturan nusuk yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab, Arab Saudi.
01:36Peringkat Wilayah Persekutuan

Recommended