Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggesa Rusia dan Ukraine menamatkan konflik bersenjata yang telah berlarutan sejak 2022, susulan amaran Kedutaan AS di Kyiv mengenai kemungkinan serangan udara berskala besar dalam masa terdekat. Menurut White House, Trump telah mengadakan perbualan telefon yang dianggap sangat positif bersama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, dan kini berharap kedua-dua negara akan bersetuju dengan cadangan gencatan senjata selama 30 hari. Sementara itu, Kyiv turut mengesahkan perbincangan antara Ketua Staf Zelenskiy dan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio bagi menyokong inisiatif damai tersebut.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Laporan antarabangsa, Amerika Syarikat terus menggerakkan usaha diplomatik bagi meredakan konflik di Ukraine apabila Presiden Donald Trump menggesa ke dua-dua pihak bertelagah iaitu Rusia dan Ukraine supaya segera menamatkan peperangan yang sedang berlangsung.
00:14Kesaan itu dibuat selepas kedutaan Amerika Syarikat di Kiev mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan serangan udara berskala besar dalam beberapa hari akan datang mencetuskan kebimbangan keselamatan di ibu negara Ukraine.
00:30White House dalam keitaan berkata Trump telah mengedakan perbualan telefon yang sangat baik dan produktif dengan Presiden Ukraine, Vladimir Zelensky.
00:52Trump berharap agar kedua-dua negara akan bersetuju dengan cadangan gejata-senjata selama 30 hari yang dijangka dibincangkan minggu depan.
01:01Di Kiev, Ketua Staf Presiden Ukraine, Andrey Yemak, memaklumkan bahawa beliau turut berbincang dengan situsnya negara Amerika Syarikat, Marco Rubio,
01:10dan beberapa pegawai kanan lain mengenai pelaksanaan gejata-senjata sebagai langkah ke arah penyelesaian damai yang lebih menyeluruh.
01:17Situasi ini dilihat sebagai satu peluang diplomatik penting untuk meredakan ketegangan yang telah meragut puluhan ribu nyawa sejak peperangan tercetus lebih dua tahun lalu.
01:28Amaran dari Kedutaan AS di Kiev pada Jumaat memberi isyarat bahawa serangan udara oleh Rusia dalam beberapa hari mendatang mungkin bersifat besar dan membawa risiko tinggi kepada keselamatan penduduk.