Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan segala isu berkaitan Petronas dan Petros secara rundingan.
Perkara itu diputuskan dalam pertemuan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.

Category
🗞
NewsTranscript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pertemuan yang turut disertai kepimpinan tertinggi Petronas dan Petros itu berlangsung dalam suasana harmoni, berteraskan semangat persekutuan.
00:45Menerusi pertemuan itu, Perdana Menteri dan Premier Sarawak bersetuju memutamakan prinsip asas dalam masa terdekat seperti dipersetujui sebelum ini bagi melancarkan rundingan antara Petronas dan Petros.
00:58Langkah ini penting bagi memastikan potensi besar yang telah dikenalpasti dapat diteroka secara menyeluruh dan dilaksana dengan berkesan termasuk menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN.
01:12Kedua-dua pihak juga mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan semua isu berbangkit melalui rundingan.