Letupan dan pancaran cahaya dilihat di langit Karachi awal pagi Sabtu (10 Mei), susulan serangan balas tentera Pakistan ke atas beberapa lokasi strategik di India, termasuk tapak simpanan peluru berpandu di utara negara itu. Operasi itu berlaku hanya beberapa jam selepas Pakistan mendakwa India telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas tiga pangkalan udara, termasuk yang berhampiran Islamabad. Rakaman saksi menunjukkan letupan berhampiran Pangkalan Udara Faisal, dan lokasi tersebut telah disahkan menerusi metadata fail serta imej satelit. Konflik yang tercetus sejak Rabu kini dianggap sebagai yang paling buruk dalam tempoh hampir tiga dekad antara dua negara bersenjata nuklear itu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Susudan itu, Pakistan melancarkan beberapa operasi ketenteraan terhadap beberapa sasaran di India.
00:06Menurut kenyataan Tendera Pakistan, serangan tersebut menyasarkan beberapa pengkalan di India, termasuk tapak simpanan peluru berbandu di utara negara itu.
00:15Ia sebagai respons kepada tindakan India yang menyerang tiga pengkalan udara Pakistan pada awal pagi Sabtu, termasuk satu yang berhampiran ibu negaranya Islamabad.
00:24Rakaman saksi menunjukkan pancaran cahaya berhampiran bangkalan udara Faisal dan disahkan tulen oleh Reuters melalui metadata file dan padanan bentuk bangunan dengan imej satelit.
00:38Ketegangan antara kedua negara itu mencapai tahap paling serius dalam hampir 30 tahun dengan kedua-duanya berbalas serangan sejak Rabu lalu.
00:48Ia bermuda selepas sekepulan militan menyerang pelancong di lembah Baisaran yang terletak di wilayah Kashmir di takbir India.
00:57Pakistan telah berikrar untuk membalas setiap serangan India dan menegaskan hak untuk mempertahankan kedaulatan negaranya.
01:04Jangan lupa untuk mempertahankan kedaulatan negaranya.