Beberapa letupan kuat dilaporkan menggegarkan wilayah Kashmir di India dan bandar suci Sikh, Amritsar di negeri Punjab lewat Jumaat, ketika ketegangan antara India dan Pakistan memuncak dalam konflik paling buruk sejak hampir tiga dekad lalu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sementara itu, beberapa letupan kuat dilaporkan menggegarkan wilayah Kashmir di India dan bandar suci Sikh Amritsar di negeri Punjab lewat Jumaat ketika ketegangan antara India dan Pakistan memuncak dalam konflik paling buruk sejak hampir tiga dekad lalu.
00:15Tentera India memaklumkan mereka telah menembak jatuh beberapa drone yang dikesan menceroboh ruang udara di 26 lokasi di kawasan barat dan barat laut India termasuk di Kashmir serta negeri-negeri bersempadan dengan Pakistan hingga ke pinggir Laut Arab.
00:30Letupan di Amritsar yang pertama di bandar itu sejak konflik tercetus tiga hari lalu mencetuskan kebimbangan kemungkinan peluasan konflik antara dua kuasa nuklear yang turut mendapat perhatian serius dari kuasa-kuasa besar dunia.
00:44Kota Jamu turut dilaporkan bergelap susulan siri letupan malam kedua berturut-turut. Media melaporkan kelihatan pancaran cahaya dan objek seperti peluru berpandu di langit malam di kawasan berkenaan.
00:56Menurut pegawai keselamatan, sebanyak 10 letupan dilaporkan berhampiran lapangan terbang di Srinagar manakala beberapa kawasan lain di Kashmir turut terjejas.
01:06Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa Pakistan.
01:10Negara itu sebelum ini menafikan tuduhan India bahawa ia melancarkan serangan ke atas wilayah sama pada malam Khamis.
01:17Ketegangan terkini tercetus selepas India melancarkan serangan udara ke atas beberapa kawasan di Pakistan yang didakwanya sebagai infrastruktur pengganas pada Rabu sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas pelancong Hindu di Kashmir, India bulan lalu.
01:34Pakistan bagaimanapun menafikan seberang pelibatan dalam serangan terhadap pelancong tersebut.
01:39Sejak itu, kedua-dua negara telah saling melancarkan tembakan rentas sempadan menggunakan dron bersenjata dan peluru berpandu.
01:47Menurut anggaran rasmi dari kedua-dua belah pihak yang belum dapat disahkan secara bebas, seramai 48 orang dilaporkan tokoh ban sejak Rabu.
01:56Tentera India turut melaporkan satu keluarga cedera parah akibat serangan dron bersenjata di Ferozepor, Punjab, bahampiran sempadan Pakistan.
02:05Penduduk di kawasan sempadan dilaporkan melarikan diri, menekla pelancong pula meninggalkan bandar-bandar utama.
02:10Orang ramai juga berpusu-pusu mendapatkan bekalan makanan dan diarahkan untuk kekal berada dalam rumah, terutamanya di Kashmir.
02:18Di peringkat antarabangsa, seterusnya negara AS, Marco Rubio telaporkan sedang mengadakan rundingan berterusan dengan pemimpin kedua negara dan Presiden Donald Trump menyeru agar konflik segera diredakan.
02:30Terima kasih kerana menonton!