Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan perkhidmatan feri percuma bagi warganegara Malaysia sempena Hari Wesak pada 12 Mei ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang SPPP dan Pinang Port Senyamberhat PPSB mengumumkan perkhidmatan feri percuma bagi warga negara Malaysia sempena hari wesak pada 12 Mei ini.
00:12Pengelusi SPPP, Dato' Yo Sun Hin berkata, tambang percuma itu membabitkan perjalanan kedua-dua arah dari Pengkalan Sultan Abdul Halim, PSAH, ke Pengkalan Raja Tun Uda, PRTU dan sebaliknya.
00:25Katanya, trip pertama dari PSAH bermula pada jam 6.30 pagi dan terakhir pada 11 malam, manakala dari Pengkalan Raja Tun Uda bermula 7 pagi dengan trip terakhir pada 11.30 malam.
00:38Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan merujuk jadual feri yang terkini melalui laman sesawang serta media sosial rasmi SPPP dan PPSB.
00:49Yo berkata, perkhidmatan percuma itu bukan sahaja bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi juga menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih lestari dan efisien.
01:00Beliau memaklumkan statistik perkhidmatan feri membabitkan perjalanan dua hala pada sambutan hari WESA tahun lalu, merekodkan lebih 4,391 penumpang perjalan kaki dan 1,584 kenderaan dua roda.
01:15Angka itu menyumbang kepada jumlah penumpang perjalan kaki bagi 2024 sebanyak 2.13 juta dan 747,785 kenderaan dua roda.

Recommended