Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Malaysia dan Indonesia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang undang-undang menerusi pertemuan rasmi antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Hukum Indonesia Supratman Andi Agtas di Jakarta semalam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia dan Indonesia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang undang-undang menerusi pertemuan rasmi antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Osman Said dan Menteri Hukum Indonesia Supragman Andi Gaktas di Jakarta pada Khamis.
00:16Azalina berkata lawatan kerja ke Indonesia itu adalah sebahagian daripada siri lawatannya ke negara anggota ASEAN sempena ke pengurusian ASEAN Malaysia pada tahun ini.
00:25Beliau berkata pertemuan dua hal itu menyaksikan perbincangan yang produktif terutama bagaimana ASEAN secara kolektif boleh mengukuhkan kepastian undang-undang dan meletakkan rantau itu sebagai hub yang dipercayai untuk penyelesaian pertikaian berkesan.
00:40Kedua pemimpin juga bertukar-tukar pandangan mengenai cadangan penyataan bersama oleh Menteri Undang-Undang ASEAN dan membincangkan strategi yang berkesan untuk pembangunan timbang tara dan pengantaraan komersial antarabangsa.
00:52Selain itu, perbincangan teruk menyentuh kerjasama undang-undang lain yang berpotensi seperti reformasi undang-undang perniagaan, keselamatan dalam talian dan undang-undang anti-rasuah.
01:02Semasa lawatan itu, Azalina teruk menjemput Supratman menghadiri forum Undang-Undang ASEAN 2025 yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur pada Ogos ini dan beliau berkata Menteri Perkenaan memberikan komitmen positif untuk hadir.
01:14Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh bahagian hal ehwal undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Azalina memaklumkan bahawa Malaysia dan Indonesia telah berkongsi hubungan bersejarah yang akrab serta kukuh sejak sekian lama.
01:26Oleh itu, beliau percaya pengukuhan kerjasama dalam bidang undang-undang dan keadilan antara kedua-dua negara akan mengeratkan lagi hubungan tersebut selain menyumbang secara bermakna kepada aspek keamanan, keselamatan serta kemakmuran di rantau ASEAN.
01:40Pada masa sama, Azalina berkata Malaysia kekal komited dalam misi membina ekosistem perundangan masa hadapan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi ASEAN tetapi juga mencerminkan komitmen bersama rantau itu terhadap keadilan, takbir urus baik dan pertumbuhan mampan.
01:57Mengenai forum Undang-Undang ASEAN 2025, kenyataan itu memaklumkan bahawa ia dianjurkan oleh Malaysia dengan sokongan Sekretariat ASEAN, negara anggota rantau berkenaan dan Jepun.
02:07Forum itu merupakan platform dialog pegawai kanan Undang-Undang ASEAN ASLOM yang akan mempromosikan aspek keadilan, menyokong integrasi ekonomi serantau dan memajukan perbincangan mengenai timbang tara, pengantaraan, keselamatan dalam talian, jenayah cyber, insolvensi rentas sempadan serta Undang-Undang Komersial dan takbir urus yang baik melalui pertemuan Dialog ASLOM.
02:28Indonesia kini adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di ASEAN dan keenam terbesar di dunia dengan nilai perdagangan dua hala meningkat kepada 25.5 bilion dolar Amerika pada 2024.
02:41Kedua negara juga berjanji untuk mengeratkan hubungan ekonomi dengan menandatangani enam insurmen dua hala meliputi kemudahan perdagangan dan pelaburan pada Jun 2003.
02:51Terima kasih kerana menonton!

Recommended