Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyelamatkan 10 remaja perempuan warga asing bawah umur yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah premis spa dan pusat urut di Johor Bahru.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Jabatan Imigresen Malaysia menyelamatkan 10 remaja perempuan warga asing bawah umur yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah premis spa dan pusat urut di Johor Bahru pada Jumaat.
00:14Selain itu, siasatan awal juga menedahkan mereka menjadi mangsa skam pekerjaan serta pergerakan mereka dikawal dengan pasport dipegang pihak lain.
00:23Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Syahaban berkata ketika serbuan dijalankan pada jam 3.15 petang, beberapa wanita sedang melayan pelanggan termasuk warga tempatan dan pelancong asing,
00:36manakala sebahagian lagi bersembunyi di dalam bilik rahsia yang dipercayai dibina untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
00:45Katanya mereka yang diselamatkan adalah enam remaja Vietnam dan empat remaja Indonesia.
00:50Menurutnya, kesemua mangsa ditempatkan di rumah pelindungan serta siasatan dijalankan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran, Atip Som 2007.
01:03Selain itu, Zakaria berkata pemeriksaan terhadap premis itu turut membawa kepada penahanan 37 wanita warga Vietnam dan 16 wanita warga Indonesia berumur antara 18 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran.
01:17Siasatan mendapati perkhidmatan itu ditawarkan kepada pelanggan tertentu melalui aplikasi WeChat dan WhatsApp dengan bayaran antara RM200 hingga RM300 sejam bergantung pada pakej serta tempoh perkhidmatan.
01:31Wanita-wanita ini dipercayai mampu meraih keuntungan sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 sebulan, hasil kegiatan tidak bermoral itu.
01:40Zakaria berkata seramai 11 lelaki warga Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang dipercayai bekerja sebagai pekerja pembersihan serta 7 lelaki tempatan yang disyaki berperanan sebagai pemilik premis, kapten atau penjaga wanita warga asing berkenaan, turut ditahan dalam operasi itu.
01:58Selain itu, imigresen juga menemukan wang tunai lebih RM120,000 dipercayai hasil daripada kegiatan itu.
02:04selamat menikmati