Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,541 orang dari 472 keluarga, dengan daerah Sook mencatat angka tertinggi melibatkan lima pusat pemindahan sementara.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Jumlah mangsa banjir di Sabah terus mencatat peningkatan apabila seramai 1,541 orang daripada 472 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan setakat jam 8 pagi Ahad.
00:13Jumlah itu meningkat berbanding 1,243 mangsa daripada 375 keluarga yang direkodkan petang semalam.
00:20Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pergerusan Bencana Negeri Sabah, daerah Sok kekal sebagai kawasan paling terjejas dengan 1,340 orang daripada 405 keluarga kini berlindung di 5 pusat pemindahan sementara PPS yang diaktifkan.
00:36Di daerah Buford pula, seramai 175 mangsa daripada 57 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan kekal PPK di Salagon, manakala di Sipitang, 26 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah sebagai langkah keselamatan.
00:54Berdasarkan maklumat terkini daripada Sekretariat Pengurusan Bencana, sebanyak 28 kampung terjejas akibat banjir di seluruh negeri, berangkumi 10 kampung di Buford, serta masing-masing 9 kampung di daerah Sok dan Sipitang.