Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Warren Buffett bakal bersara sebagai CEO Berkshire Hathaway akhir 2025, menyerahkan kepimpinan kepada Greg Abel selepas enam dekad membina konglomerat bernilai trilion dolar.
Transcript
00:00Warren Buffett, tokoh pelaburan yang dianggap paling dihormati di dunia, mengumumkan bahawa beliau akan bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway menjelang akhir tahun 2025.
00:11Jawatan tersebut akan diserahkan kepada naik pengurusi syarikat Greg Abel.
00:17Buffett yang kini berusia 94 tahun menyatakan sudah tiba masanya Greg Abel mengambil alih tampuk kepemiliran syarikat dan beliau akan berundur secara rasmi pada penghujung tahun.
00:27Beliau memaklumkan keputusan itu belum dimaklumkan kepada Abel atau majoriti ahli lembaga pengarah sebelum pengumuman rasmi dibuat kecuali dua orang adatnya yang juga merupakan ahli lembaga.
00:38Greg Abel 62 tahun telah berkhidmat sebagai naik pengurusi Berkshire sejak tahun 2018 dan dinamakan sebagai pengganti utama untuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif sejak tahun 2021.
00:50Abel berluahkan rasa terharu serta berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk memimpin Berkshire dalam fasa baru dan berazap untuk meneruskan kesinambungan kejayaan syarikat.
01:02Buffett menegaskan beliau tidak akan menjual mana-mana saham miliknya dalam Berkshire dan hampir kesemua pegangan itu akan disumbangkan ke badan amal selepas kematiannya.
01:11Pengunduran beliau menandakan penutup kepada era kepimpinan selama enam dekad yang menyaksikan Buffett menukar Berkshire daripada syarikat tekstil yang gagal kepada konglomerat $1.16 triliun Amerika.
01:24Menurut majalah Forbes, kekayaan peribadi Buffett kini dianggarkan berjumlah $168.2 bilion dengan hampir keseluruhan aset tersebut terdiri daripada saham dalam syarikat Berkshire Hathaway.