Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Semua tumpuan akan terarah pada sidang khas Palimen pada Isnin untuk membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia yang telah mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan dan juga industri.

Transcript
00:00Semua tumpuan akan terarah kepada sidang khas Parlimen esok yang akan membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh AS ke atas ekspor Malaysia yang mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan dan industri.
00:14Sesi itu dijangka menampilkan perbahasan menyeluruh apabila penggubal undang-undang mempertimbangkan implikasi keputusan AS itu serta pilihan diplomatik dan ekonomi yang bakal diambil Malaysia.
00:25Tarif itu diumumkan Presiden Donald Trump pada 2 April lepas. Ia termasuk tarif asas sebanyak 10% yang dikenakan ke atas semua negara dan levi tambahan termasuk sebanyak 24% ke atas ekspor barangan Malaysia.
00:40Antara lain langkah itu menjadi sebahagian daripada usaha Washington untuk menyelaras semula hubungan perdagangan dan menangani defisit perdagangan.
00:48Pada 24 April lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, di pertemuan itu Tengku Zafrul menekankan tentang kepentingan untuk mengadakan perbincangan secara berterusan
00:59dan mengulangi kesediaan Malaysia untuk mencari jalan penyelesaian secara membina terhadap kebimbangan yang disuadakan Amerika.
01:06Malaysia menyatakan keterbukaan untuk mengadakan runingan dalam empat bidang utama, mengurangkan defisit perdagangan, menangani halangan bukan tarif,
01:14mengukuhkan perlindungan dan keselamatan teknologi dan meneroka potensi perjanjian perdagangan dua hala.
01:21Pada 9 April 2025, pentadbiran Trump mengumumkan penangguhan 90 hari bagi tarif timbal balik individu bagi kebanyakan negara
01:28namun mengekalkan tarif asas sebanyak 10%.
01:31Terima kasih.

Recommended