Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Sidang khas Parlimen atas permintaan Perdana Menteri ini menjadi platform utama untuk menteri-menteri memberi taklimat kepada Parlimen tentang langkah-langkah yang diambil kerajaan dan hasil perbincangan dua hala baru-baru ini.

Transcript
00:00Sidang khas 5 Mei ini diadakan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:05Antara lain ia akan menjadi platform utama untuk para menteri memberi taklimat kepada Parlimen tentang langkah-langkah yang diambil kerajaan dan hasil daripada perbincangan dua hala baru-baru ini.
00:16Sidang itu juga akan membahaskan mengenai impak ekonomi yang lebih meluas akibat daripada tarif AS dan menggariskan langkah-langkah yang diselaraskan perentas kementerian dan sektor.
00:25Menurut kenyataan daripada Parlimen, sidang itu diadakan di bawah Peraturan Mesyuarat 11-3, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, yang membolehkan perkara-perkara mendesak yang berkepentingan awam dipahaskan.
00:37Taklimat peringkat menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14-1-I akan berangkumi tindakan AS, implikasinya terhadap Malaysia dan langkah-langkah yang diselaraskan kerajaan.
00:48Ketika ketegangan mula mereda dan pasaran global memantau perkembangannya, sesi sidang khas Parlimen pada Isnin dijangka membuka jalan kepada Malaysia, memulakan langkah seterusnya dan mendorong kemajuan penting dalam hubungan perdagangan dengan Washington.
01:01Terima kasih telah menonton!