Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:00Polis menahan seorang lagi individu bergelar Tansui kerana disyaki mempunyai kaitan dengan skim penipuan pelaburan Ponzi melibatkan MBI International Group pada Khamis lepas di Pulau Pinang.
00:22Jabatan Imigresen Malaysia menyelamatkan 10 remaja perempuan warga asing yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah premis spa dan pusat urut di Johor Bahru.
00:37Seorang pemandu trailer cedera selepas cuba disamun dua lelaki bertopeng ketika sedang tidur dalam kenderaan berat itu berhampiran sebuah stesen minyak di Parit 4 Sekincan, Kuala Selangor.
00:47Seorang bapa yang menikam anaknya berusia 11 tahun di kampung Banggol Cikdol Pasir Mas ditahan reman tujuh hari.
01:00Polis masih menyiasat kes Datin Seri Pamela Lingyueh yang didakwa hilang ketika dalam perjalanan ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada 9 April lalu.
01:11Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah mencadangkan agar kerajaan mewajibkan pemasangan sistem pengesanan kehadiran kanak-kanak dalam semua kenderaan yang membawa murid sekolah.
01:24Seorang lelaki dari Illinois, Amerika Syarikat, Joseph Zuba, dijatuhi hukuman penjara 53 tahun selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak lelaki warga Palestine Amerika berusia 6 tahun.
01:39Pihak berkuasa Chile menarik balik arahan pemindahan di pinggir selatan dan Antartika susulan gempa bumi kuat berukuran 7.4 sehingga mencetuskan amaran tsunami yang kemudiannya dibatalkan.
01:54Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menggesa siasatan bebas dijalankan terhadap serangan brun ke atas sebuah kapal bantuan ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Malta.
02:13Putera Harry menyatakan hasrat untuk berdamai dengan keluarga di Raja Britain.
02:24Terima kasih telah menonton!