Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Dua lelaki bertopeng cuba menyamun seorang pemandu treler ketika dia sedang tidur dalam kenderaan berat itu berhampiran sebuah stesen minyak di Parit 4, Sekinchan, Kuala Selangor pada Jumaat malam.
Transcript
00:00Seorang pemandu trailer cedera selepas cuba disamun dua lelaki bertopeng ketika sedang tidur dalam kenderaan berat itu berhampiran sebuah stesen minyak di Parit 4 Sekincan, Kuala Selangor pada Jumaat malam.
00:13Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azharuddin Tajuddin dalam kenyataan pada Sabtu berkata, mangsa berusia 54 tahun itu mengalami kecederaan di tangan kanan dan kaki kiri akibat terkena serpihan kaca.
00:30Dalam kejadian jam 11 malam itu, suspek bertindak memecahkan cermin tingkap trailer jenis Hino yang dipandu mangsa sebelum cuba mengambil barangan miliknya.
00:40Kata Azharuddin, kedua-dua suspek melarikan diri menaiki kereta dipercayai jenis Honda atau Toyota Vios berwarna kelabu gelap.
00:48Bagaimanapun, nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan.
00:51Tambah beliau, pihaknya sedang mempergiatkan usaha mengesan suspek terlibat.
00:55Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 393 kanan kesiasaan iaitu cubaan samun.
01:02Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi bilik gerakan ibu pejabat polis daerah Kuala Selangor di talian tertera atau balai polis berhampiran.
01:10Terima kasih telah menonton!