46 cedera apabila Rusia melancarkan serangan dron secara besar-besaran ke atas Kharkiv, Ukraine.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Sekurang-kurangnya 46 cedera selepas Rusia melancarkan serangan drone besar-besaran ke atas Kharkiv, Ukraine pada Jumaat.
00:08Menurut pihak berkuasa, serangan turut mengenai beberapa blok pangsapuri sehingga mencetuskan kebakaran.
00:15Susulan insiden itu, pasukan kecemasan bertungkus lumus menangani kesan serangan meskipun terdapat kebimbangan kemungkinan serangan berulang.
00:24Sementara itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengecam serangan drone tersebut yang kerap mengenai bandar-bandar Ukraine beberapa kali seminggu.
00:33Ujarnya penuhan drone dilancarkan dan sekutu Ukraine bergerak terlalu pelahan dalam membantu memperkukuh keupayaan pertahanan udaranya.
00:41Rusia bagaimanapun menafikan menyasarkan orang awam secara sengaja.
00:45Penafian itu dibuat meskipun ribuan terbunuh sejak negara itu melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas negara jirannya pada Februari 2022.