Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
EU saman TikTok RM2.56 bilion atas dakwaan gagal lindungi data pengguna
Transcript
00:00Platform kandungan terkemuka TikTok telah didenda 530 juta euro, kira-kira 2.56 bilion ringgit oleh pengawal selia privasi utama Kesatuan Eropah EU pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai pelindungan maklumat pengguna.
00:15Selain itu, TikTok juga diarahkan untuk menghentikan pemindahan data ke China sekiranya pemprosesan datanya tidak mematuhi undang-undang EU dalam tempoh 6 bulan.
00:25Suruhanjaya Pelindungan Data Ireland, DPC mendakwa TikTok yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance gagal membuktikan bahawa data peribadi pengguna EU dilindungi sepenuhnya.
00:39Platform video pendek itu juga didakwa tidak menangani isu potensi akses oleh pihak berkuasa China terhadap data tersebut di bawah undang-undang anti-perisik dan undang-undang lain.
00:49TikTok dalam penyataannya berkata ia membantah keras keputusan tersebut dan menegaskan bahawa ia telah menggunakan rangka kerja undang-undang EU sendiri khususnya Klausal Kontrak Piawai untuk mengawal dan mengehadkan akses jauh secara ketat.
01:03TikTok merancang untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu.
01:07Syarikat itu juga berkata keputusan tersebut tidak mengambil kira sepenuhnya langkah-langkah keselamatan data yang diperkenalkan sejak 2023,
01:14termasuk pemantauan bebas terhadap akses jauh dan penyimpanan data pengguna EU di pusat data khusus di Eropah dan Amerika Syarikat.
01:23TikTok yang semakin popular dalam kalangan remaja di seluruh dunia dan mempunyai 175 juta pengguna di Eropah
01:29turut menegaskan ia tidak pernah menerima permintaan data pengguna EU daripada pihak berkuasa China dan tidak pernah menyerahkan data kepada mereka.