Kerajaan Sarawak mengeluarkan notis undang-undang kepada PETRONAS Carigali atas operasi tanpa lesen di Miri.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan Sarawak telah mengeluarkan notis undang-undang kepada Petronas Cari Galis dan Berhad kerana didakwa menjalankan operasi tanpa permit di Terminal Minyak Mentah Miri.
00:11Menurut laporan media, Kerajaan Negeri menuduh anak syarikat huluan Petroleum Nasional Berhad. Petronas telah melanggar Seksyen 7E Ordinan Pengagihan Gas DGO 2016.
00:22Seksyen tersebut menyaratkan setiap entiti memperoleh lesen untuk membina, mengurus atau menyelenggara saluran pipe gas serta kemudahan berkaitan.
00:32Notis bertarik 30 April itu memberikan tempoh selama 21 hari kepada Petronas Sarigali untuk memohon dan mendapatkan lesen yang diperlukan dan kegagalan mematuhinya boleh membawa kepada hukuman denda mengikut Seksyen 21E Ordinan Berkenaan.
00:47Tindakan ini menggambarkan ketegangan yang masih berlanjutan antara Kerajaan Negeri Sarawak dan syarikat minyak nasional tersebut, sejajar dengan aspirasi Sarawak untuk mendapatkan kawalan yang lebih besar terhadap sumber minyak dan gasnya sendiri.
01:00Sebagai langkah strategik, Sarawak telah menubuhkan Petroleum Sarawak Berhad Petros pada tahun 2017 bagi mengawal selia aktiviti huluan dan hiliran industri minyak serta gas dalam negeri.
01:12Desakan Sarawak terhadap otonomi kawal selia meletakkannya dalam kedudukan yang bertentangan dengan Petronas yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum PDA 1974 dan mempunyai hak eksklusif ke atas sumber hidrokarbon negara.
01:27Rundingan dan pertikaian undang-undang antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan terus berlarutan sejak beberapa tahun lalu, sejajar dengan usaha negeri itu memperkukuh pelaksanaan kuasa perundangannya dalam sektor minyak dan gas.