Hubungan Malaysia dan Arab Saudi boleh terjejas jika rakyat Malaysia didapati bersalah cuba menunaikan haji tanpa visa.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kesalahan tiada visa haji boleh menjejaskan keistimewaan haji dan umrah yang selama ini diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi terhadap Malaysia, khususnya berkaitan kota haji.
00:12Konsulat General Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif berkata bermula hari ini, Kerajaan Arab Saudi mewajibkan jemaah memiliki visa haji.
00:20Tegas beliau, sekiranya jemaah ditahan kerana kesalahan itu, boleh diusir keluar dari Arab Saudi denda 20,000 rial Saudi dan 10 tahun di senarai hitam.
00:33Disebabkan segelintir rakyat Malaysia yang mungkin tidak mematuhi peraturan ini, kita bimbang akan menjejaskan keistimewaan-keistimewaan yang diberi oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia, kemungkinan akan ditarik balik.
00:46Katanya Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi mempunyai hubungan yang erat sejak bertahun lamanya.
00:53Justru beliau merayu, rakyat Malaysia yang tidak mempunyai visa haji diminta keluar segera dari Mekah.
01:01Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, andai berada di Arab Saudi ini, saya mohon baik hari ini, 29 April 2025 bersamaan satu Zul Qaeda,
01:13mohon tinggalkan Mekah segera sebab bermula hari ini, hanya yang memiliki visa haji yang sah sahaja boleh berada di Mekah.
01:22Dalam bandi itu, jemaah yang tiada visa haji tidak akan memiliki akses kepada kemudahan asas yang disediakan untuk jemaah berdaftar
01:29seperti perubatan, makanan, penginapan di Arafah dan Mina serta bimbingan ibadah.