Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan diplomatik dan persaudaraan antara Malaysia dan Mesir akan terus berkembang.

Ini khususnya dalam menghadapi isu-isu global yang semakin kompleks, menerusi pelbagai medium yang dinamik dan penuh hikmah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hubungan diplomatik dan persaudaraan antara Malaysia dan Mesir akan terus berkembang khususnya dalam menghadapi isu-isu global yang semakin kompleks menerusi pelbagai medium yang dinamik dan penuh hikmah.
00:13Menerusi satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sahabat semakin erat di bawah kepimpinan Kerajaan Madani.
00:23Anwar dimaklumkan demikian ketika menerima kunjungan Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Taufik Syed Nasar pada selasa.
00:33Katanya kerjasama ini terserlah dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan serta pendidikan.
00:41Ini antaranya melalui penubuhan Institut Bahasa Arab Hasil Kerjasama Pintar antara Universiti Sain Islam Malaysia USIM dan Universiti Al-Azhar di Kahirah.
00:51Selain itu, jelas Anwar terdapat juga kerjasama kemanusiaan menerusi bantuan kepada rakyat Palestine di Gaza serta sektor pelancongan yang menunjukkan perkembangan positif di kedua-dua negara.
01:01Ragai Taufik yang berkhidmat sebagai Duta Besar Mesir ke Malaysia selama hampir empat tahun akan menamatkan perkhidmatannya pada Rabu.

Recommended