Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tiba di mahkamah Tel Aviv pada Selasa bagi menghadiri perbicaraan membabitkan pelbagai kesalahan rasuah termasuk penyalahgunaan kuasa.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu hadir di Mahkamah Tel Aviv pada selasa untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah.
00:08Netanyahu bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dan mengaku tidak bersalah.
00:16Beliau dilaporkan hadir setiap minggu di Mahkamah di Tel Aviv untuk memberi keterangan berhubung pertuduhan difailkan pada 2019.
00:23Netanyahu kini berdepan perbicaraan berhubung beberapa pertuduhan rasuah, ini termasuk dakwaan menerima hadiah mewah daripada kenalan hartawan dan penyalahgunaan kuasa.
00:35Antara lain, Netanyahu didakwa memberi layanan istimewa kepada pemilik syarikat media sebagai balasan untuk liputan berita yang memihak kepadanya.
00:45Netanyahu merupakan Perdana Menteri Israel pertama dalam jawatan yang didakwa atas kesalahan jenayah.