Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:00Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak 21 April.
00:20Seorang guru sebuah sekolah kebangsaan baut dalam nahas ketika pelumbaan catatan masa terpantas di Lita Permotoran Melaka MIMC Durian Tunggal Melaka pada ahad.
00:34Penani dan komposer Yassin Sulaiman dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak sehingga diperkenankan Sultan Selangor.
00:44Peguam Negara Dato' Muhammad Dusuki Mokta memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan menjeriti Mahkamah Rayuan berkaitan cabaran bekas Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak terhadap titah addendum.
01:00Negeri Sembilan dalam proses membangunkan dua pusat data di Nilai dan Spring Hill Port Dixon.
01:05Had pembelian beras putih tempatan 10kg berharga RM26 yang sebelum ini hanya 2 kampit sahaja, kini ditingkatkan kepada 5 kampit.
01:17Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mendakwa terdapat cubaan oleh sebuah parti politik dari Malaysia untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya negara itu.
01:27Perbicaraan kes culik dan rompakan melibatkan bintang reality TV Kim Kardashian bermula di Paris, Perancis.
01:35Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan gencatan senjata secara unilateral di Ukraine dari 8 hingga 10 Mei sempena ulang tahun ke-80 kemenangan ke atas Nazi Jerman.
01:48Pihak berkuasa Filipina meningkatkan tahap amaran gunung bulusan di wilayah Sorsogon, Tenggara Manila selepas letusan pada awal pagi Isnin melepaskan asap setinggi 4.5km ke udara.
02:05Terima kasih telah menonton!

Recommended