Malaysia dan Maldives bersetuju memperkukuhkan kerjasama dalam sektor pelaburan dan pelancongan kedua-dua negara seiring hubungan diplomatik melalui kenyataan bersama kedua-dua negara.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia dan Maldives bersetuju memperkukuhkan kerjasama dalam sektor pelaburan dan pelancongan seiring hubungan diplomatik yang terjalin sejak 57 tahun lalu.
00:11Kenyataan itu menyusul hasil lawatan rasmi empat hari Presiden Maldives Muhammad Muizu yang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putera Putrajaya pada Isnin.
00:20Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin memperakui potensi negara masing-masing selain menyatakan keyakinan terhadap pertumbuhan nilai perdagangan, pelancongan dan aktiviti pelaburan secara berterusan.
00:32Pada masa sama, Muizu turut mengundang pelabur Malaysia untuk meneruh keperluan pelaburan yang luas di Maldives selain menggalakkan kerjasama merangkumi pelbagai sektor strategik.
00:42Memperakui kepentingan sektor pelancongan, kedua-dua pemimpin bersetuju mengambil peluang tahun melawat Malaysia 2026 bagi meningkatkan kemasukan pelancong dari dua negara itu terutama bagi sektor pelancongan halal dan mesra muslim.
00:56Anwar turut menyatakan kesediaan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran Malaysia dalam industri halal.
01:01Langkah ini dijangka dapat mengeratkan hubungan dua hala dan membantu pembangunan ekonomi yang lebih seimbang dan mampat melibatkan kedua-dua negara.
01:09Turut dibincangkan, usaha memperkukuh program kerjasama teknikal Malaysia MTCP, hubungan antara rakyat menerusi institusi pengajian tinggi, selain bersetuju mempromosi keamanan, kestabilan dan kemajuan di beringkat serantau dan antarabangsa.