Jumlah perdagangan bagi tiga negeri merekodkan perkembangan positif bernilai RM148.0 bilion pada bulan Mac 2025.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia merekodkan jumlah perdagangan sebanyak RM249.9 bilion pada Mac 2025.
00:08Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM, jumlah ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun lalu didorong oleh prestasi ekspor yang kukuh.
00:15Ketua Perangkaan Datuk Seri Dr. Muhammad Uzir Mahidin berkata ekspor negara meningkat kepada RM137.3 bilion naik 6.8% disokong lonjakan dari Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Kelantan.
00:33Bagaimanapun, Johor, Perak dan Kedah antara negeri yang mencatatkan penurunan ekspor.
00:37Bagi import, nilai keseluruhan susut sebanyak 2.8% atau RM3.3 bilion kepada RM112.6 bilion dipengaruhi kemerosotan di beberapa negeri utama seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
00:52Pulau Pinang kekal sebagai pengespor utama menyumbang 37.8% daripada keseluruhan ekspor negara diikuti Selangor 18.9% dan Johor 17.8%.
01:04Manegala Selangor mendominasi import dengan 24.5% diikuti rapat oleh Pulau Pinang 24.4% dan Johor 23.4%.
01:14Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan Malaysia akan mempengurusikan Jawatan Kuasa Sistem Statistik Komuniti ASEAN ke-15 atau ACSS 15 tahun ini selaras dengan peranan negara sebagai pengurusi ASEAN 2025.