Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk membelasah Tottenham 5-1, mengesahkan kejuaraan EPL dan menyamai rekod 20 kejuaraan Liga Inggeris.
Transcript
00:00Liverpool bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk membelasah Tottenham Hotspur 5-1 dan mengesahkan kejuaraan Liga peradaan Inggeris EPL di Anfield awal pagi tadi.
00:09Memerlukan hanya satu mata untuk menyamai rekod 20 kejuaraan Liga Inggeris dengan 4 pelawanan berbaki, Liverpool dikejutkan dengan jaringan Dominic Solanke pada minit ke-12.
00:20Bagaimanapun, Liverpool hanya memerlukan 4 minit untuk menyamakan kedudukan menerusi Louis Dias sebelum Alexis McAllister dan Cody Capo meletakkan tuan rumah 3-1 di depan menjelang rehat.
00:32Babak kedua dikuasai sepenuhnya skuad kendalian Aner Slott dengan Mohd Salah menamatkan kemarau jaringan 6 pelawanan untuk gol ke-4 Liverpool pada minit ke-63 dan jaringan ke-28 dirinya musim ini.
00:45Pemain Tottenham, Destiny Udogi tertampan bola ke gawang sendiri untuk melengkapkan kemenangan Liverpool dan kekalahannya ke-19 pasukannya dalam aksi Liga musim ini.
00:56Liverpool yang kini menyamai rekod gelaran Liga Manchester United mengumpul 82 mata daripada 34 pelawanan meninggalkan Arsenal di tangga kedua pada 67 mata.

Recommended