Datuk Seri Fadillah Yusof menyeru lebih banyak GLC dan GLIC meneroka peluang pelaburan luar negara, mencontohi kejayaan TNB meluaskan operasi tenaga boleh baharu di United Kingdom.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Datuk Seri Fadila Yusof berharap lebih banyak syarikat terutamanya syarikat berkaitan kerajaan GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC melihat potensi pelaburan di luar negara.
00:11Memberikan contoh kejayaan tenaga nasional berhak TNB, beliau menyatakan keyakinannya terhadap potensi besar syarikat utiliti elektrik terbesar negara untuk mengembangkan operasi dan meningkatkan keupayaan dalam sektor tenaga di luar negara.
00:23Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu mendekaskan bahawa pelaburan TNB dalam syarikat ladang angin luar pesisir Blith Offshore Demonstrator Limited BODL di United Kingdom
00:38membuktikan keupayaan syarikat Malaysia untuk melabur dan mengembangkan operasi ke peringkat terbangsa.
00:44Pelaburan tersebut dibuat melalui syarikat milik penuh TNB iaitu Vantage RE Limited yang menguruskan pelaburan dan aset tenaga boleh baharu syarikat berkenaan.
00:53TUK dan Island. Beliau menambah pelaburan ini bukan sahaja memberikan pulangan kepada TNB, malah turut memberi manfaat kepada negara dari segi pendapatan pelaburan asing.
01:04Ladang angin luar pesisir tersebut yang berkapasiti 41.5 MW dan mula beroperasi pada tahun 2017, terletak kira-kira 6.5 km dari pesisir pantai dan BODL memegang hak milik ladang berkenaan dengan Vantage RE memiliki 49% pegangan saham.
01:21Dengan pengalaman dan kemahiran yang diperoleh melalui pelaburan luar negara ini, TNB dijangka mampu menerajui serta menjadi pemangkit utama dalam industri tenaga boleh baharu di Malaysia.