Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Sebuah lori yang membawa muatan batu kerikil hilang kawalan dan terbabas di lampu isyarat Jalan Nilai-Labu akibat masalah brek.

Pemandu lori mengalami kecederaan di kepala dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, manakala pemandu kereta tidak cedera.
Transcript
00:00Pasalah break dipercaya menjadi punca sebuah lori yang membawa muatan batu kerikil hilang kawalan lalu terbabas di lampu isyarat jalan nilai labu nilai pada Jumaat.
00:11Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kaunter aduan trafik nilai telah menerima maklumat kejadian jam 12.13 tengah hari.
00:20Video kejadian itu tular di media sosial memaparkan lori terbabit dipandu laju ketika melalui lampu isyarat berkenaan dan melanggar bahagian tepi sebuah kereta yang datang dari arah kanan.
00:32Kata Abdul Malik, sesehatan awal mendapati semasa kejadian lori itu dari arah labu menghala ke Sepang.
00:39Apabila sampai di tempat kejadian lori dipandu di lagi tempatan berusia lewat 30-an itu dipercaya mengalami masalah break, hilang kawalan dan terbabas semasa membelok ke kiri.
00:48Menurutnya, lori tersebut turut melanggar sebuah kereta dipandu lelaki berusia 30-an yang datang dari arah kanan.
00:55Sejelasnya, insiden menyebabkan pemandu lori cedera di kepala.
00:58Sesudah itu, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
01:02Pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
01:05Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 dalam Kurungan 1, Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:11Saksi diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Pusat Kawalan Daerah Nilai atau hubungi pegawai penyiasat Inspektor Rosliza Muhammad Ludin di talian tertera.
01:20Terima kasih telah menonton!

Recommended