Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Misteri bau busuk yang mencurigakan membawa kepada penemuan mayat seorang wanita berusia 53 tahun dan anak saudaranya di sebuah rumah di Semenyih malam Jumaat.
Transcript
00:00Misteri bawa busuk yang mencurigakan di sebuah rumah di Semenyih Kajang akhirnya membawa kepada penemuan mayat seorang wanita berusia 53 tahun dan anak saudaranya berusia 25 tahun selepas hampir 10 hari mereka tidak kelihatan.
00:14Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazlon Abdul Yusof berkata bertindak atas laporan daripada seorang lelaki berusia 48 tahun yang mengesyaki sesuatu berlaku pada kakaknya.
00:25Polis dengan bantuan Jabatan Bomber dan Penyelamat memecah masuk rumah terbabit.
00:32Polis kemudian menemukan dua mayat itu dalam keadaan terbaring di ruang tamu.
00:36Berdasarkan pemeriksaan awal, polis mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk atau geledah dalam rumah, malah rumah tersebut juga dikunci dari dalam.
00:45Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan menurut Nazlon, pihaknya akan memanggil ahli keluarga serta saksi untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan.
00:54Polis juga tidak menemui sebarang kecederaan di tubuh kedua-dua mayat, namun polis percaya ada perlakuan jenayah dalam kes itu.
01:02Bedah siasat yang dijalankan di hospital serdang mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah disebabkan lemas atau suffocation.
01:09Nazlon memberitahu pihaknya masih lagi menyiasat motif kejadian.
01:12Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.
01:17Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian digesa untuk menghubungi ibu pejabat polis daerah IPD Kajang atau mana-mana balai polis berhampiran.

Recommended