Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Letupan tersebut berlaku di tengah-tengah rundingan nuklear antara Iran dan Amerika Syarikat di Oman.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya empat maut dalam satu letupan besar di Pelabuhan Syahid Raji di Bandar Abbas, Iran pada Sabtu.
00:08Kejadian itu turut mengakibatkan lebih 500 mangsa mengalami kecederaan.
00:12Memetik laporan media rasmi negara itu, letupan tersebut berlaku di tengah-tengah rundingan nuklear antara Iran dan Amerika Syarikat di Oman.
00:21Walaupun punca letupan masih belum dikenal pasti, siasatan awal mendapati kontena yang meletup berkemungkinan mengandungi barangan berbahaya dan bahan kimia.
00:30Setakat ini, pasukan bomba masih menjalankan operasi pemadaman, kebakaran dan usaha pemindahan mangsa.
00:35Pada 2020, Pelabuhan Syahid pernah menjadi sasaran serangan saiber yang menyebabkan kesesakan besar dipercayai didalangi Israel.
00:43Namun, setakat ini tiada sebarang komen segera daripada Tentera Israel atau Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berhubung kemungkinan penglibatan mereka dalam insiden terbaru ini.

Recommended