Ini merupakan pertemuan pertama mereka selepas insiden tegang di Pejabat Oval, Washington pada Februari lalu, ketika rundingan damai dengan Rusia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengadakan pertemuan empat mata di Basilika St. Peter pada Sabtu.
00:09Ini merupakan pertemuan pertama mereka selepas insiden tegang di Pejabat Oval, Washington pada Februari lalu.
00:18Menurut Pejabat Zelensky, pertemuan yang berlangsung kira-kira 15 minit itu disifatkan sebagai bersejarah sekiranya berjaya membawa kepada perdamaian yang diharapkan Ukraine.
00:27Manakala juru cakap White House pula menyifatkan pertemuan itu sebagai sangat produktif.
00:32Kedua-dua pemimpin tersebut berada di Rome bagi menghadiri upacara pengebumian Pope Francis.
00:38Sebelum ini, pertemuan antara Zelensky dan Trump di White House berakhir dengan ketegangan apabila kedua-dua pemimpin itu saling bertikam lidah secara terbuka mengenai konflik Ukraine-Rusia.
00:49Dalam pertemuan tersebut, Trump menegaskan bahawa Ukraine perlu bersedia mencapai perdamaian jika mahu sokongan daripada AS.