Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Korea Utara melancarkan kapal pemusnah pelbagai guna baharu seberat 5,000 tan yang dilengkapi dengan senjata paling berkuasa.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, hadir bersama anak perempuannya pada majlis pelancaran di Nampo.
Transcript
00:00Korea Utara melancarkan kapal pemusnah pelbagai guna baru yang dilaporkan dilengkapi dengan senjata paling berkuasa.
00:08Lapor media tempatan pada Sabtu, peseti usaha parti pekerja Joe Chun-ryong berkata kapal perang seberat 5 ributan itu dibina dalam tempoh 400 hari dengan kekuatan serta teknologi tempatan.
00:21Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dilihat turut hadir pada majlis pelancaran itu.
00:25Kim tiba di Bandar Pelabuhan Barat Nampo bersama anak perempuannya selepas melakukan perjalanan dengan menaiki kereta api.
00:33Kim Yo Jong, adik perempuan Kim yang berpengaruh, turut kelihatan.
00:37Pelancaran itu berlangsung pada Jumaat di Limbungan Pembinaan Kapal Tentera di Nampo.
00:42Media tempatan menyebut kapal itu menandakan era baharu dalam pembinaan armada Kim Jong-un.
00:47Kapal tersebut diklasifikasikan sebagai kelas Cho Hyun yang dinamakan sempena pejuang revolusi anti-Jepun, Cho Hyun.

Recommended