Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Komuniti petani kini sedang mencari sumber air baharu untuk memenuhi keperluan asas hidupan.
Transcript
00:00Haiwan seperti lembu kelihatan bergelimpangan di utara Meksiko berikutan kemarau untuk tempoh panjang sehingga memaksa petani membunuh ternakan sendiri manakala ada sesetengah dijual.
00:13Komuniti petani kini sedang mencari sumber air baharu untuk memenuhi keperluan asas kehidupan.
00:19Menurut data kerajaan, 64% wilayah Meksiko berdepan beberapa tahap kemarau dengan negeri-negeri sebelah utara paling teruk terjejas antaranya Chihuahua.
00:30Ketika petani di Meksiko sedang berdepan kekurangan bekalan air akibat coca panas, kerajaan negara itu dan Amerika Syarikat berunding untuk mengekspor air mengikut perjanjian 1944.
00:40Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam tarif dan sekatan ke atas Meksiko sekiranya tidak menghantar jumlah air yang ditetapkan dalam perjanjian berkenaan.
00:48Bagaimanapun Meksiko tidak dapat memenuhi permintaan itu berikutan kemarau yang menyebabkan tanah menjadi kering kontang.
00:54Petani ketika ditemui media tempatan berkata, mereka tidak pasti sekiranya masih boleh bertahan dengan keadaan yang sedang meruncing.

Recommended