Permohonan tuntutan pengangguran meningkat sebanyak 6,000 kepada 222,000 permohonan bagi minggu berakhir 19 April.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pemohonan untuk mendapatkan faedah pengangguran di Amerika Syarikat meningkat sederhana minggu lalu di sebalik tindakan perniagaan mengekalkan pekerja walaupun terdapat kebimbangan, kemungkinan kemelesetan ekonomi.
00:13Jabatan Buruh Amerika Syarikat berkata pemohonan tuntutan pengangguran meningkat pada 222,000 bagi minggu berakhir 19 April.
00:20Kenaikan sebanyak 6,000 berbanding minggu sebelumnya itu mengatasi ramalan penganalisis ekonomi iaitu sebanyak 220,000 tuntutan.
00:31Permohonan mingguan bagi faedah pengangguran dianggap sebagai proksi untuk pemberhentian dan kebanyakannya kekal dalam julat sihat antara 200,000 dan 250,000 sejak beberapa tahun lalu.
00:44Walaupun Presiden Donald Trump telah menangguhkan pelaksanaan tarif, kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya kelembapan ekonomi global masih kekal, malah turut menimbulkan kegusaran tentang potensi gangguan pasaran buruh.
00:58Terima kasih telah menonton!