Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menegaskan bahawa pentadbirannya sedang menjalankan rundingan perdagangan dengan China.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menegaskan bahawa pentadbirannya sedang menjalankan rundingan perdagangan dengan China.
00:07Kenyataan New Soldi sebalik penafian Beijing bahawa terdapat perbincangan yang sedang berlaku.
00:14Ditanya mengenai penafian China berhubung rundingan dengan Washington.
00:18Trump berkata mereka sedang bermesyuarat dan tidak perluli siapa mewakilinya.
00:23Kenyataan itu dibuat semasa pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Norway di White House.
00:27China pada hari sama menafikan kenyataan Trump menyatakan tiada sebarang rundingan aktif sedang berlaku antara kedua-dua negara.
00:36Jurucakap Kementerian Luar China Go Jiakun berkata setakat yang diketahui China dan Amerika Syarikat tidak menjalankan sebarang rundingan atau konsultasi mengenai tarif apatah lagi mencapai sebarang persetujuan.
00:48Jurucakap Kementerian Perdagangan China Hei Yadong pula menyifatkan dakwaan mengenai kemajuan rundingan perdagangan itu sebagai usaha sia-sia.
00:59Kenyataan bercanggah ini berlaku ketika Trump sedang berdepan tekanan hebat daripada sektor perniagaan dan pengguna susulan pelaksanaan tarif setinggi 145% ke atas barangan impor dari China.
01:11Tindakan ini dikritik kerana berpotensi meningkatkan inflasi dan mencetuskan kemelesetan ekonomi.
01:18Sebagai tindak balas, China mengenakan tarif balas sebanyak 125% ke atas barangan dari Amerika Syarikat.
01:25Pemerhati ekonomi antarabangsa melihat percanggahan kenyataan antara Washington dan Beijing sebagai petanda bahawa ketegangan perang perdagangan antara kedua-dua kuasa besar itu masih jauh dari penyelesaian.
01:41Terima kasih telah menonton!

Recommended