Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pusat Pemindahan Sementara PPS Dewan Camellia di Putra Heights kembali dibuka, susulan banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan sekitar.
00:30Sebuah rumah alami kerosakan susulan insiden tanah runtuh di Kampung Orang Asli, Batu 12 Gombak awal Jumaat.
00:40Laporan lengkap berhubung insiden kebakaran pipe gas yang berlaku di Putra Heights dijangka diperolehi pada pertengahan Mei ini.
00:49Seorang remaja berusia 18 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar junior di sebuah pusat pengajian tahfiz di Hulu Langat tahun lalu.
01:00Kerajaan terbuka untuk mengkaji semula kadar bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN kepada pelajar, kata Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim.
01:11Polis menahan 8 individu termasuk 2 usahawan dan 2 peguam bergelar datuk disyakit terlibat dalam skim pelaburan Ponzi MBI yang berpusat di negara jiran.
01:22Pihak berkuasa Filipina sedang mengesan mereka yang terlibat dalam penculikan dan pembunuhan seorang hartawan Filipina berketurunan Cina, Chong Yuan Guo.
01:36OpenAI memfailkan saman balas terhadap Elon Musk dengan mendakwa terdapat corak gangguan berterusan oleh beliau serta memohon perintah mahkamah untuk menghalang sebarang tindakan tidak sah dan tidak adil yang boleh menjejaskan syarikat tersebut.
01:48Pengeluar kenderaan elektrik Tesla membuka cawangan pertamanya di Arab Saudi.
01:56Terima kasih telah menonton!