Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Delegasi tertinggi Syria dijangka hadir Mesyuarat IMF-Bank Dunia di AS, menandakan usaha awal memulihkan hubungan antarabangsa selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri Kewangan, Menteri Luar Negeri dan Governor Bank Pusat Syria berhasrat untuk menghadiri mesyuarat anjuran tabung kewangan antarabangsa IMF dan Bank Dunia di Washington, D.C. bulan ini.
00:11Kehadiran ini dijangka menjadi lawatan pertama oleh delegasi peringkat tinggi kerajaan Syria ke mesyuarat tahunan tersebut dalam sekurang-kurangnya dua dekad.
00:21Dua sumber memaklumkan bahawa status visa Menteri Luar Negeri, Menteri Kewangan dan Governor Bank Pusat masih belum dapat dipastikan setakat ini.
00:30Jurucakap IMF, Bank Dunia, Kementerian Luar Negeri Syria dan Pejabat Presiden Syria tidak memberi sebarang maklum balas segera apabila diminta mengulas berhubung perkara tersebut.
00:40Sumber lain pula menyatakan satu mesyuarat peringkat tinggi yang menumpukan kepada usaha pembinaan semula Syria dijangka diadakan secara tidak rasmi di luar rangka acara utama mesyuarat IMF Bank Dunia itu.
00:50Syria terjebak dalam kancah Perang Saudara selama hampir 14 tahun yang bermula selepas tindakan keras terhadap tunjuk perasaan menentang bekas pemimpin Bashar al-Assad dan menyebabkan kemusahan besar terhadap infrastruktur negara.
01:02Kerajaan baru yang diterajui oleh Presiden Ahmad al-Syaraf selepas penyikiran Bashar kini sedang berusaha memperbaiki hubungan diplomatik Syria di peringkat serantau dan antarabangsa serta mencari sokongan untuk proses pembinaan semula negara.
01:15Namun sekata ketat yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ketika era pembinaan Bashar masih kekal berkuat kuasa dan terus menjadi cabaran utama kepada kebakitan semula ekonomi Syria.

Recommended