Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hari bermakna buat kembet minta negara apabila pasangan beregu lelaki dan wanita negara muncul juara terbuka Thailand.
00:18Polis telah merakam keterangan tiga anak datin Sri Pamela Lingyueh di Singapura pada Sabtu bagi membantu siasatan kes kehilangan wanita berkenaan.
00:27Kerajaan Negeri Sarawak akan menawarkan pendidikan tinggi sepenuh masa secara percuma kepada rakyat Sarawak termasuk mereka yang sudah bekerja tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran sebelum ini.
00:42Semakan tawaran kemasukan ke tingkatan 6 semester 1 tahun 2025 boleh dibuat secara dalam talian mulai Isnin.
00:50Pasangan panda gergasi Fuwa dan Feng Yi secara rasmi dihantar pulang ke China dalam satu majlis penghantaran pulang di Animal Hotel, lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.
01:03Akta muzium bakal diperkenalkan bagi mengawal penggunaan nama muzium di Malaysia, susulan banyak tempat dikenalpasti menggunakan istilah itu tanpa memenuhi kriteria sebenar sebuah muzium.
01:16Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam kebakaran sebuah bangunan di Hyderabad, India.
01:25Dua orang maut apabila sebuah kapal layar Meksiko berlanggar dengan jambatan Brooklyn di New York.
01:32Satu letupan bom berlaku di sebuah klinik kesuburan di Palm Springs, California, Amerika Syarikat mengakibatkan seorang maut dan lima lagi cedera.
01:40Tentera Israel Edan Alexander yang dibebaskan oleh Hamas menyifatkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai seorang diktator.
01:51Terima kasih kerana menonton!

Recommended