Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengumumkan inisiatif pendidikan tinggi sepenuh masa secara percuma untuk semua anak Sarawak, termasuk mereka yang sudah bekerja tetapi belum berpeluang melanjutkan pelajaran.

Bermula tahun depan, 64 kursus di institusi milik negeri seperti i-CATS, CENTEXS, dan Swinburne Sarawak akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Sarawak akan menawarkan pendidikan tinggi sepenuh masa secara percuma kepada rakyat Sarawak, termasuk mereka yang sudah bekerja tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran sebelum ini.
00:11Berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2025 Peringkat Negeri, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru anak Sarawak supaya merebut peluang menjadi pelajar prasiswazah dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan teknologi terkini.
00:30Ujahnya pembelajaran merupakan satu proses sepanjang hayat memandangkan teknologi sentiasa berubah.
00:36Jelasnya inisiatif ini akan membangunkan modal insan Sarawak menerusi pendidikan tinggi dan latihan kemahiran.
00:43Abang Johari berkata tawaran pendidikan percuma ini khusus untuk pengajian sepenuh masa dan disokong sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
00:52Katanya antara syaratnya pemohon mesti anak kelahiran Sarawak.
00:55Mulai tahun depan, Sarawak akan membiayai pendidikan percuma bagi 64 kursus terpilih di institusi milik negeri.
01:04Ini termasuk Kolej Universiti ICATS, Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak, Sentex, Universiti Teknologi Sarawak, Kertin Universiti Sarawak dan Swinburne University of Technology Sarawak.
01:15Terima kasih telah menonton!

Recommended